Jumaat, Ogos 24, 2012

:: 30% ubat anda mengandungi DNA babi.


Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnya mengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positif mengandungi DNA babi.
Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secara rambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripada ubat itu positif DNA khinzir.

Ubat ‘Haram’ Masih Berleluasa

  • Bagaimana ubat itu mampu menyembuhkan penyakit ?
  • Bagaimana sesuatu ubat itu dihasilkan?
  • Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut?
  • Adakah ubat yang diberikan kepada anda itu halal ataupun haram?
“Saya Tak Perlu Tahu, Janji Saya Sihat”

Adakah Ubat-Ubat Penyakit Kronik Sahaja
Mengandungi Unsur Babi?

Tiadakah Pilihan Ubat Alternatif Yang Lain?
  • Umat Islam tak ambil tahu dengan kandungan ubat yang digunakan
  • Umat Islam tak tahu yang ubat digunakan mengandungi bahan babi
  • Umat Islam tak bertanya dengan doktor tentang kandungan ubat yang digunakan
  • Umat Islam tak dimaklumkan oleh doktor tentang kandungan ubat yang diberikan
  • Tak faham dengan istilah ubat yang menyatakan ubat mengandungi babi
  • Sering menggunakan situasi darurat kerana terdesak untuk menjadi sihat
  • Terpedaya semasa membeli ubat dan apabila semak mendapati ubat mengandungi babi
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan DIA telah menjadikan tiap-tiap penyakit itu ada penawarnya, oleh karena itu kamu semua berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan yang haram."
(Riwayat Abi Darda)
Siapa Penulis Yang Nak Mendedahkan Senarai Ubat Mengandungi Unsur Babi Ini?

Temubual Penulis – Ejen Halal, TV Alhijrah
10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Buku
Panduan Ubat Halal Ini!
  1. Mengelakkan daripada terambil ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi dengan menyenaraikan lebih 90 jenis jenama ubat-ubatan yang disahkan mengandungi unsur babi lengkap dengan info gambar produk berwarna yang memudahkan anda mengenalinya.
  2. Mencari pilihan ubat alternatif yang lain sekiranya anda diberikan ubat yang mengandungi unsur babi dengan menyenaraikan pilihan ubat-ubatan alternatif yang ada.
  3. Mengenalpasti ubat-ubatan yang telah diharamkan dengan menyenaraikan fatwa-fatwa perubatan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaaan, Malaysia dan Majelis Ulama Indonesia.
  4. Mengenalpasti bahan-bahan haram haram yang digunakan dalam penghasilan ubat dengan membincangkan 7 kandungan bahan di dalam ubat yang dicurigai.
  5. Membuat keputusan dalam memilih ubat-ubatan yang sesuai dengan anda dengan menyediakan garis panduan dan soalan-soalan yang perlu anda tanya semasa berjumpa doktor.
  6. Meningkatkan kesedaran halal dalam setiap aspek kehidupan andadengan membincangkan sebab-sebab pengharaman dan bahaya-bahaya yang berkaitan dengan babi.
  7. Sebagai panduan dan sumber rujukan yang boleh anda bawa ke mana mana terutamanya ketika anda ingin mendapatkan produk kesihatan dan ubat-ubatan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga anda.
  8. Menyedarkan tentang hak anda sebagai pengguna Islam yang berhak mengetahui tentang kandungan ubat-ubatan anda. Seterusnya menggunakan hak anda untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak sekiranya diberikan ubat mengandungi bahan haram.
  9. Memahami maksud yang terdapat pada label atau kotak ubat dengan menerangkan istilah-istilah sains yang ramai orang Islam tidak tahu contohnya label bertulis “This product contain substance from porcine’ bermaksud “Produk ini mengandungi bahan daripada babi”.
  10. Penulis telah memberikan yang terbaik untuk anda dengan menggunakan segala pengalaman bekerja, pengetahuan farmasi dan semua hasil kajian beliau mengenai ubat-ubatan untuk menghasilkan buku panduan ini yang amat berguna untuk anda.

Sumber : http://www.halalscience.com

Apabila anda sakit badan, demam, pening kepala atau sakit gigi, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran setiap daripada kita pastinya adalah UBAT! Tak kiralah apa jenis penyakit yang menimpa sekalipun, ubatlah yang anda akan cari. Bukan sekadar sakit sahaja, sebaliknya dalam kehidupan kita juga, ubat adalah satu kemestian, terutama dalam penjagaan tubuh badan.
Paling mudah adalah ubat paracetamol yang anda ambil apabila demam, sakit kepala ataupun sakit gigi. Menjadi kelaziman, kita yakin ubat yang diambil mampu menyembuhkan penyakit dan disebabkan itu juga mentaliti masyarakat mengatakan ubat adalah bagus dan baik untuk tubuh. Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelbagai jenis ubat-ubatan boleh didapati dengan mudah sama ada melalui doktor di hospital, klinik, pusat perubatan, farmasi, kedai runcit sehinggalah di kedai kaki lima asalakan ubat yang diambil mampu menyembuhkan sakit dialami.
Namun tahukah anda? walaupun ubat yang ada dipasaran dihasilkan untuk satu tujuan iaitu menyembuhkan penyakit, sebenarnya ada yang menggunakan bahan diharamkan oleh syarak sekaligus haram diambil oleh umat Islam.
Bukan hanya kerana prosesnya tidak menepati hukum syarak, tetapi kebanyakannya menggunakan bahagian daripada bangkai haiwan yang tidak disembelih, termasuk babi.

Dalam dunia perubatan, ubat didatangkan dalam bentuk kapsul, cecair dan serbuk. Ianya digunakan oleh pesakit sama ada dengan cara telan, minum, kunyah, sapu, suntik dan sebagainya. Untuk ubat yang memerlukan suntikan, kerja-kerja menyuntik akan dilakukan oleh jururawat ataupun doktor yang profesional dalam bidang ini. Tetapi, tahukah anda?

Ramai yang mungkin berkata sedemikian kerana beranggapan perkara itu hanya perlu diketahui oleh seorang pakar perubatan dan orang biasa seperti anda hanya perlu tahu kaedah menggunakan ubat dengan betul. Tanggapan ini adalah salah sama sekali, dan saya percaya anda adalah seorang pengguna yang bijak dan anda perlu tahu perkara-perkara yang saya sebutkan di atas.
Ini kerana, perkara-perkara tersebut adalah hak dan keperluan anda sebagai seorang pengguna. Masalahnya, kadang kala tidak pernah terlintas untuk anda bertanyakan perkara ini kepada mereka yang lebih arif.
Ramai masyarakat umat islam pada hari ini juga beranggapan ubat-ubatan yang mereka terima daripada klinik ataupun hospital di Malaysia adalah dijamin halal dan sudah semestinya pihak doktor dan ahli farmasi telah menapis dan memastikan ubat-ubatan yang mereka bekalkan adalah bebas daripada bahan-bahan haram. Namun, berita-berita di bawah membuktikan semua tanggapan ini adalah salah sama sekali :
Menjawab isu di atas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha menegaskan penggunaan ubat tersebut adalah ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam. Ini kerana pada masa ini sudah terdapat ubat alternatif yang dihasilkan daripada sumber halal yang mempunyai fungsi dan keberkesanan yang sama.

Jika anda juga beranggapan sedemikian, anda juga sebenarnya silap. Unsur babi bukan sahaja digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti sakit jantung ataupun kencing manis, tetapi ubat-ubatan lain untuk rawatan penyakit biasa seperti ubat cirit birit, ubat batuk, vitamin dan lain-lain juga ada yang mengandungi unsur haram ini. Anda tidak percaya? Lihat bukti-bukti di bawah:
Adakah penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang seperti cirit-birit dan batuk boleh dikategorikan sebagai darurat sehingga mengharuskan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi bahan haram ini?
Bagaimana jika perkara-perkara di atas ini berlaku kepada saudara anda? keluarga anda ? Kenapa pesakit pesakit jantung dibebankan untuk membuat pilihan antara yang halal dan haram di saat yang kritikal. Elok-elok pesakit jantung tadi nak baik, silap haribulan pesakit bertambah teruk kerana keliru sama ada hendak menerima suntikan ubat yang ada unsur babi atau tidak.
Adakah anda tahu kandungan ubat cirit birit ataupun ubat batuk yang anda ambil selama ini?
Adakah anda yakin ubat-ubat yang anda ambil selama ini tidak mengandungi unsur babi?
Anda juga pasti tertanya-tanya.. Kenapa tiada panduan disediakan untuk memudahkan pesakit membuat pilihan ? Alangkah bagusnya jika di saat kritikal seperti ini anda mempunyai sebuah buku yang boleh dijadikan sebagai panduan..

Untuk pengetahuan anda, rata-rata ubat yang mengandungi unsur babi ini mempunyai pilihan alternatifnya yang spesifik. Sebab itulah, istilah darurat tidak boleh digunakan dalam kebanyakan kes kerana anda mempunyai pilihan alternatif yang lain. Masalahnya, kebanyakan pengguna Islam..

Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi tanggungjawab untuk anda mengetahui jawapan bagi setiap pemasalahan yang dinyatakan di atas. Tambahan pula, dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan rakan-rakan anda, ketahuilah bahawa ubat mengandungi unsur haram babi ini bukanlah pilihan yang terbaik.

Anda tentu tertanya-tanya siapakah Penulis yang menulis Buku Panduan Ubat Halal ini ? dan mendedahkan tentang ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi dan pilihan alternatif yang boleh anda gunakan sebagai ganti.
Sebelum anda mengetahui latar belakang penulis buku ini, Ikuti dulu temubual ekslusif penulis bersama TV Alhijrah dalam mengupas isu ubat-ubatan haram ini..
Penulis, Abd Rahman, B.Pharm merupakan seorang Ahli Farmasi sepenuh masa. Sebagai seorang ahli farmasi, beliau pernah bertugas di hospital dan berpengalaman dalam bidang penganalisaan ubat-ubatan semasa bertugas di Makmal Kimia Ubat.
Beliau telah membuat kajian terperinci berkaitan ubat-ubatan mengandungi unsur babi ini sejak menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi pada tahun 2002.
Semasa menjalankan kajian ini, beliau mendapati Umat Islam di Malaysia masih kurang jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menghadapi isu penggunaan ubat dari unsur babi ini.
Kajian beliau ini bukan bersandarkan teori saintifik semata-mata, malah beliau juga menitikberatkan isu ubat bersumberkan babi dari sudut perspektif agama Islam. Lalu, beliau gunakan kedua-dua elemen tersebut iaitu saintifik dan Islamik untuk melihat dengan lebih kritikal terhadap isu yang cukup hangat ini.
Setiap hasil kajian, pemerhatian, pemantauan yang beliau lakukan terhadap ubat bersumberkan babi ini, beliau telah muatkan ke dalam sebuah buku yang bertajuk..

Halalkah Ubat Anda?
Buku setebal 288 halaman ini dicetak di atas kertas 80gm berkualiti tinggi dengan 91 halaman gambar produk berwarna penuh. Ia mengandungi 14 Bab yang padat dengan panduan dan informasi yang diterangkan dalam bahasa yang mudah dan ringkas.

Bagaimanakah Buku Panduan ini dapat Membantu Anda? Jika anda seorang pengguna Muslim yang sangat menitik beratkan soal halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan anda, anda mesti mendapatkan buku panduan ini kerana ia bakal membantu anda untuk..

Tiada ulasan: