Ibn al-Jauzi dalam kitab tarikhnya al-Muntazam, bercerita mengenai Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. yang sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah. Apabila melalui sebuah padang pasir, ia melihat sebuah khemah yang dihuni seorang wanita tua. Wanita tua itu tidak mengetahui bahawa ia sedang berbicara dengan Umar, Amirul Mukminin.
Ia bertanya, "Wahai pemuda, apa khabar Umar al-Khattab?"
Umar menjawab, "Dia sedang dalam perjalanan dari Syam ke Madinah."
Perempuan itu berkata, "Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadanya."
Umar bertanya kaget, "Mengapa?"
Ia menjawab, "Kerana sejak ia menjadi pemimpin, aku belum pernah menerima bantuan suatu apa pun daripadanya."
Umar berkata, "Mungkin itu kerana Umar tidak tahu rumahmu yang terpencil di tengah padang pasir seperti ini."
Wanita itu berkata, "Subhanallah. Aku tidak pernah menyangka ada seseorang yang manjadi pemimpin suatu negara namun ia tidak mengetahui semua rumah rakyatnya."
Umar menangis dan meratap, "Duhai celakanya Umar. Bagaimanakah engkau akan menjawab ucapan wanita ini di akhirat nanti?"
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan