Jumaat, Ogos 24, 2012

:: 30% ubat anda mengandungi DNA babi.


Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnya mengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positif mengandungi DNA babi.
Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secara rambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripada ubat itu positif DNA khinzir.

Ubat ‘Haram’ Masih Berleluasa

  • Bagaimana ubat itu mampu menyembuhkan penyakit ?
  • Bagaimana sesuatu ubat itu dihasilkan?
  • Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut?
  • Adakah ubat yang diberikan kepada anda itu halal ataupun haram?
“Saya Tak Perlu Tahu, Janji Saya Sihat”

Adakah Ubat-Ubat Penyakit Kronik Sahaja
Mengandungi Unsur Babi?

Tiadakah Pilihan Ubat Alternatif Yang Lain?
  • Umat Islam tak ambil tahu dengan kandungan ubat yang digunakan
  • Umat Islam tak tahu yang ubat digunakan mengandungi bahan babi
  • Umat Islam tak bertanya dengan doktor tentang kandungan ubat yang digunakan
  • Umat Islam tak dimaklumkan oleh doktor tentang kandungan ubat yang diberikan
  • Tak faham dengan istilah ubat yang menyatakan ubat mengandungi babi
  • Sering menggunakan situasi darurat kerana terdesak untuk menjadi sihat
  • Terpedaya semasa membeli ubat dan apabila semak mendapati ubat mengandungi babi
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan DIA telah menjadikan tiap-tiap penyakit itu ada penawarnya, oleh karena itu kamu semua berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan yang haram."
(Riwayat Abi Darda)
Siapa Penulis Yang Nak Mendedahkan Senarai Ubat Mengandungi Unsur Babi Ini?

Temubual Penulis – Ejen Halal, TV Alhijrah
10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Buku
Panduan Ubat Halal Ini!
  1. Mengelakkan daripada terambil ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi dengan menyenaraikan lebih 90 jenis jenama ubat-ubatan yang disahkan mengandungi unsur babi lengkap dengan info gambar produk berwarna yang memudahkan anda mengenalinya.
  2. Mencari pilihan ubat alternatif yang lain sekiranya anda diberikan ubat yang mengandungi unsur babi dengan menyenaraikan pilihan ubat-ubatan alternatif yang ada.
  3. Mengenalpasti ubat-ubatan yang telah diharamkan dengan menyenaraikan fatwa-fatwa perubatan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaaan, Malaysia dan Majelis Ulama Indonesia.
  4. Mengenalpasti bahan-bahan haram haram yang digunakan dalam penghasilan ubat dengan membincangkan 7 kandungan bahan di dalam ubat yang dicurigai.
  5. Membuat keputusan dalam memilih ubat-ubatan yang sesuai dengan anda dengan menyediakan garis panduan dan soalan-soalan yang perlu anda tanya semasa berjumpa doktor.
  6. Meningkatkan kesedaran halal dalam setiap aspek kehidupan andadengan membincangkan sebab-sebab pengharaman dan bahaya-bahaya yang berkaitan dengan babi.
  7. Sebagai panduan dan sumber rujukan yang boleh anda bawa ke mana mana terutamanya ketika anda ingin mendapatkan produk kesihatan dan ubat-ubatan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga anda.
  8. Menyedarkan tentang hak anda sebagai pengguna Islam yang berhak mengetahui tentang kandungan ubat-ubatan anda. Seterusnya menggunakan hak anda untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak sekiranya diberikan ubat mengandungi bahan haram.
  9. Memahami maksud yang terdapat pada label atau kotak ubat dengan menerangkan istilah-istilah sains yang ramai orang Islam tidak tahu contohnya label bertulis “This product contain substance from porcine’ bermaksud “Produk ini mengandungi bahan daripada babi”.
  10. Penulis telah memberikan yang terbaik untuk anda dengan menggunakan segala pengalaman bekerja, pengetahuan farmasi dan semua hasil kajian beliau mengenai ubat-ubatan untuk menghasilkan buku panduan ini yang amat berguna untuk anda.

Sumber : http://www.halalscience.com

Apabila anda sakit badan, demam, pening kepala atau sakit gigi, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran setiap daripada kita pastinya adalah UBAT! Tak kiralah apa jenis penyakit yang menimpa sekalipun, ubatlah yang anda akan cari. Bukan sekadar sakit sahaja, sebaliknya dalam kehidupan kita juga, ubat adalah satu kemestian, terutama dalam penjagaan tubuh badan.
Paling mudah adalah ubat paracetamol yang anda ambil apabila demam, sakit kepala ataupun sakit gigi. Menjadi kelaziman, kita yakin ubat yang diambil mampu menyembuhkan penyakit dan disebabkan itu juga mentaliti masyarakat mengatakan ubat adalah bagus dan baik untuk tubuh. Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelbagai jenis ubat-ubatan boleh didapati dengan mudah sama ada melalui doktor di hospital, klinik, pusat perubatan, farmasi, kedai runcit sehinggalah di kedai kaki lima asalakan ubat yang diambil mampu menyembuhkan sakit dialami.
Namun tahukah anda? walaupun ubat yang ada dipasaran dihasilkan untuk satu tujuan iaitu menyembuhkan penyakit, sebenarnya ada yang menggunakan bahan diharamkan oleh syarak sekaligus haram diambil oleh umat Islam.
Bukan hanya kerana prosesnya tidak menepati hukum syarak, tetapi kebanyakannya menggunakan bahagian daripada bangkai haiwan yang tidak disembelih, termasuk babi.

Dalam dunia perubatan, ubat didatangkan dalam bentuk kapsul, cecair dan serbuk. Ianya digunakan oleh pesakit sama ada dengan cara telan, minum, kunyah, sapu, suntik dan sebagainya. Untuk ubat yang memerlukan suntikan, kerja-kerja menyuntik akan dilakukan oleh jururawat ataupun doktor yang profesional dalam bidang ini. Tetapi, tahukah anda?

Ramai yang mungkin berkata sedemikian kerana beranggapan perkara itu hanya perlu diketahui oleh seorang pakar perubatan dan orang biasa seperti anda hanya perlu tahu kaedah menggunakan ubat dengan betul. Tanggapan ini adalah salah sama sekali, dan saya percaya anda adalah seorang pengguna yang bijak dan anda perlu tahu perkara-perkara yang saya sebutkan di atas.
Ini kerana, perkara-perkara tersebut adalah hak dan keperluan anda sebagai seorang pengguna. Masalahnya, kadang kala tidak pernah terlintas untuk anda bertanyakan perkara ini kepada mereka yang lebih arif.
Ramai masyarakat umat islam pada hari ini juga beranggapan ubat-ubatan yang mereka terima daripada klinik ataupun hospital di Malaysia adalah dijamin halal dan sudah semestinya pihak doktor dan ahli farmasi telah menapis dan memastikan ubat-ubatan yang mereka bekalkan adalah bebas daripada bahan-bahan haram. Namun, berita-berita di bawah membuktikan semua tanggapan ini adalah salah sama sekali :
Menjawab isu di atas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha menegaskan penggunaan ubat tersebut adalah ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam. Ini kerana pada masa ini sudah terdapat ubat alternatif yang dihasilkan daripada sumber halal yang mempunyai fungsi dan keberkesanan yang sama.

Jika anda juga beranggapan sedemikian, anda juga sebenarnya silap. Unsur babi bukan sahaja digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti sakit jantung ataupun kencing manis, tetapi ubat-ubatan lain untuk rawatan penyakit biasa seperti ubat cirit birit, ubat batuk, vitamin dan lain-lain juga ada yang mengandungi unsur haram ini. Anda tidak percaya? Lihat bukti-bukti di bawah:
Adakah penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang seperti cirit-birit dan batuk boleh dikategorikan sebagai darurat sehingga mengharuskan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi bahan haram ini?
Bagaimana jika perkara-perkara di atas ini berlaku kepada saudara anda? keluarga anda ? Kenapa pesakit pesakit jantung dibebankan untuk membuat pilihan antara yang halal dan haram di saat yang kritikal. Elok-elok pesakit jantung tadi nak baik, silap haribulan pesakit bertambah teruk kerana keliru sama ada hendak menerima suntikan ubat yang ada unsur babi atau tidak.
Adakah anda tahu kandungan ubat cirit birit ataupun ubat batuk yang anda ambil selama ini?
Adakah anda yakin ubat-ubat yang anda ambil selama ini tidak mengandungi unsur babi?
Anda juga pasti tertanya-tanya.. Kenapa tiada panduan disediakan untuk memudahkan pesakit membuat pilihan ? Alangkah bagusnya jika di saat kritikal seperti ini anda mempunyai sebuah buku yang boleh dijadikan sebagai panduan..

Untuk pengetahuan anda, rata-rata ubat yang mengandungi unsur babi ini mempunyai pilihan alternatifnya yang spesifik. Sebab itulah, istilah darurat tidak boleh digunakan dalam kebanyakan kes kerana anda mempunyai pilihan alternatif yang lain. Masalahnya, kebanyakan pengguna Islam..

Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi tanggungjawab untuk anda mengetahui jawapan bagi setiap pemasalahan yang dinyatakan di atas. Tambahan pula, dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan rakan-rakan anda, ketahuilah bahawa ubat mengandungi unsur haram babi ini bukanlah pilihan yang terbaik.

Anda tentu tertanya-tanya siapakah Penulis yang menulis Buku Panduan Ubat Halal ini ? dan mendedahkan tentang ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi dan pilihan alternatif yang boleh anda gunakan sebagai ganti.
Sebelum anda mengetahui latar belakang penulis buku ini, Ikuti dulu temubual ekslusif penulis bersama TV Alhijrah dalam mengupas isu ubat-ubatan haram ini..
Penulis, Abd Rahman, B.Pharm merupakan seorang Ahli Farmasi sepenuh masa. Sebagai seorang ahli farmasi, beliau pernah bertugas di hospital dan berpengalaman dalam bidang penganalisaan ubat-ubatan semasa bertugas di Makmal Kimia Ubat.
Beliau telah membuat kajian terperinci berkaitan ubat-ubatan mengandungi unsur babi ini sejak menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi pada tahun 2002.
Semasa menjalankan kajian ini, beliau mendapati Umat Islam di Malaysia masih kurang jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menghadapi isu penggunaan ubat dari unsur babi ini.
Kajian beliau ini bukan bersandarkan teori saintifik semata-mata, malah beliau juga menitikberatkan isu ubat bersumberkan babi dari sudut perspektif agama Islam. Lalu, beliau gunakan kedua-dua elemen tersebut iaitu saintifik dan Islamik untuk melihat dengan lebih kritikal terhadap isu yang cukup hangat ini.
Setiap hasil kajian, pemerhatian, pemantauan yang beliau lakukan terhadap ubat bersumberkan babi ini, beliau telah muatkan ke dalam sebuah buku yang bertajuk..

Halalkah Ubat Anda?
Buku setebal 288 halaman ini dicetak di atas kertas 80gm berkualiti tinggi dengan 91 halaman gambar produk berwarna penuh. Ia mengandungi 14 Bab yang padat dengan panduan dan informasi yang diterangkan dalam bahasa yang mudah dan ringkas.

Bagaimanakah Buku Panduan ini dapat Membantu Anda? Jika anda seorang pengguna Muslim yang sangat menitik beratkan soal halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan anda, anda mesti mendapatkan buku panduan ini kerana ia bakal membantu anda untuk..

Rabu, September 08, 2010

Ustaz Azhar Ulu Kelang 2010 - Hukum Warnakan Rambut

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost

That your so alone

All you is see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side



Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way



Everytime you can make one more mistake

You feel you can`t repent

And that its way too late

Your`re so confused,wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame





Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way



Turn to Allah

He`s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps don`t let me go astray

You`re the only one that showed me the way,

Showed me the way 2x

Insya Allah3x

Insya Allah we`ll find the way


Sabtu, Ogos 07, 2010

Ustaz Azhar 3 amalan xputus selepas mati flv

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (6) last

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (5)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (4)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (3)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (2)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (1)

Ustaz Azhar 2010 - Teori Big Bang Sesat

Ustaz Azhar 2010 - Bertunang Tanpa Ibu Bapa




Oh tidak..rasanya ramai sgt yg anggap aku bkal isteri dorang..waaaaa..adakah ini bermaksud aku sudah jadi tunangan orang..whhoooaaa..

ok2..think positive mahdia..positive only..!!

first..aku ngan meka dah lama putus then meka pn dah ada pengganti aku..orait..ini bermakna aku bebas bukan..hahaha..yeah..legaaaa...

cuma..aku masih terikat ngan someone ni..adedehh..dia cakap aku bakal isteri dia then aku pun cakap dia bakal suami aku..then adakah ini bermaksud aku dan dia adalah tunangan yang sah pada syarak..?? oh no..aku mesti bincang ngan dia as soon as possible..ASAP..!!ASAP..!!

S.N..we need to talk my dear..waaaaa...!!

Selasa, Ogos 03, 2010

Kisah seorang hamba Allah SubhanahuWaTaala dengan seorang paderi

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah S.W.T. berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah S.W.T. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu Hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, sipaderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata ;


 “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata ;


 “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”


 Barulah pemuda itu beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi ;


 “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”


Paderi itu menjawab ; “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata ; “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”


Si pemuda tersenyum dan berkata ; “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya ; “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! 


Apa yang di maksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? 


Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? 


Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?


 Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?


 Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata ;

1 : Satu yang tiada duanya ialah Allah S.W.T.

2 :  Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah S.W.T. berfirman ; “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran Kami).”
Surah Al-Isra’ : Ayat 12

3 : Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4 : Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5 : Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6 : Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah S.W.T. menciptakan makhluk.

7 : Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah S.W.T. berfirman ; “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat padaciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.”
Surah Al-Mulk : Ayat 3

8 : Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah S.W.T. berfirman ; “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.”
Surah Al-Haqah : Ayat 17

9 : Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah Mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu : tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

10 : Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah S.W.T. berfirman ; “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.”
Surah Al-An’am : Ayat 160

11 : Sebelas yang tiada dua belasnya ialahjumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

12 : Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah ; “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman ; “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.”
Surah Al-Baqarah : Ayat 60

13 : Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14 : Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah S.W.T. ber-firman ; “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.”
Surah At-Takwir : Ayat 18

15 : Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus a.s.

16 : Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, iaitu ketika mereka berkata kepada ayahnya ; “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka ; “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata ; “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbuk. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah Yusuf : Ayat 98

17 : Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah S.W.T. berfirman ; “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.”
Surah Luqman : Ayat 19

18 : Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19 : Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah S.W.T. berfirman ; “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.”
Surah Al-Anbiya’ : Ayat 69).

20 : Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

21 : Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah S.W.T.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.”
Surah Yusuf : Ayat 28

22 : Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya : Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata ; 


“Apakah kunci surga itu?” 


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata ; 


“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”


Paderi tersebut berkata ; “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab ; “Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**



* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan(pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah melalui internet, www.gesah.net.
Dipetik dari : http://dupahang.wordpress.com/.
Wallahu'alam..


:: banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah di atas..bagi orang2 yang berfikir..insyaAllah..